Saturday 21 November 2015

Jalan-jalan di Tasik Kenyir, Terengganu

Pada 10 November 2015 saya dan isteri pulang kampung di Terengganu. Rumah mertua. Kesempatan yang ada saya dan isteri rancang untuk berjalan-jalan sekitar negeri darul iman. Jadi setelah melihat kepada waktu yg terhad saya dan isteri putuskan untuk ke Tasik Kenyir. Ini adalah pengalaman pertama saya ke Tasik Kenyir. Sangkaan saya selama ini adalah tasik buatan manusia ini hanya sekadar tasik biasa yg mana hanya sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti memancing dan jalan-jalan sekitar kawasan hutan, tetapi sangkaan saya salah kerana kini Tasik Kenyir menawarkan aktiviti percutian yang menarik kepada para pengunjung.

         Kami putuskan untuk Pusing keliling pulau dan pergi ke dua buah tempat iaitu Taman Rama-rama dan Taman Herba.
             Tambang bot yang dikenakan adalah RM120 sebuah bot yang boleh memuatkan 8 orang penumpang. Saya ditemani isteri,  2 orang adik dan ibu mertua.

               Air yang kelihatan hijau kebiruan
      Banyak pulau-pulau kecil sekitar Tasik Kenyir
                          Menuju ke Taman Herba
            Pengunjung boleh mencuba air rebusan herba seperti kacip fatimah, tongkat ali dan mas cotek secara percuma.
                      Teruja dengan minuman percuma
              Bergambar kenangan di Taman Herba
                  Duta Kacip Fatimah..hehehe
                      Kendi antik dengan penutup
             
                Antara challet atau rumah peranginan
                              Taman Rama-rama
                    Tiket masuk adalah percuma
           Selain rama-rama, terdapat pelbagai haiwan lain yang dipamerkan seperti labah-labah, pelbagai spesis kumbang dan cicak.


Bagi kanak-kanak pula, terdapat taman tema air yang baru dibina di Tasik Kenyir.  Semasa kunjungan saya ke sana, taman tema air ini telah hampir siap dan yang menakjubkan telah ramai pengunjung yang membawa anak-anak ke sana.

Terdapat juga bot besar bagi mereka yang datang secara berkumpulan dan berminat untuk bermalam di Tasik Kenyir.  Dengan bayaran sekitar RM1500 mereka boleh tinggal di dalam bot besar yang disediakan dengan kelengkapan seperti tilam, pingan mangkuk dan lain-lain.

Terdapat juga rumah rehat Persekutuan bagi kakitangan kerajaan. Yang paling penting ianya perlu dibooking awal bagi memastikan ada kekosongan.

Pengalaman berjalan- jalan di Tasik Kenyir merupakan suatu yang menyeronokkan. Selain daripada kaya dengan keindahan pantai, Terengganu turut terkenal dengan Tasik buatan manusia iaitu Tasik Kenyir. Insyallah ada rezeki akan ke sana lagi.

No comments:

Post a Comment